Friday, October 2, 2009

SEULAS PINANG

Assalamualaikum Wmth.Wbth. dan Salam Sejahtera...

Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana akhirnya berjaya merealisasikan hasrat untuk memiliki sebuah laman maya yang dapat dijadikan wadah kepada informasi dan aktiviti yang melibat para pelajar tingkatan enam di sekolah ini.
Pada hemat saya, keperluan laman sebegini menjadi lebih penting apabila tingkatan enam kini memasuki era penjenamaan semula. Sistem modular yang semakin menjadi realiti memerlukan sumber maklumat kepada para pelajar mesti boleh diakses tidak mengira masa dan tempat.
Saya berharap kepada semua Guru Akademik Tingkatan Enam, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim terus menjadi salah sebuah pusat tingkatan enam yang tersohor dalam negeri Perak dan Malaysia amnya.

Sekian terima kasih,

ASRIS BIN ALI
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
SMK Khir Johari,
Tanjong Malim, Perak.