Friday, October 2, 2009

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Wmt. Wbth. dan Salam Sejahtera...

Sesungguhnya, dari hari ke hari keperluan terhadap aplikasi ICT dalam konteks pendidikan sudah tidak boleh disangkal lagi. Malah sesiapa yang mencuba untuk menolak ICT dianggap sebagai mengetepikan salah satu elemen terpenting dalam pendidikan global.
Justeru, apa yang kita perlukan ialah kesiapsiagaan kita semua dalam mempelajari ilmu ini agar kita tidak terus tertinggal daripada arus perdana teknologi pendidikan masa kini.
Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana berinisiatif tinggi dalam memastikan laman ini muncul di pesada maya bagi menjadi media kepada sebarang informasi dan aktiviti yang melibatkan tingkatan enam di sekolah ini.
Besar harapan saya, pihak guru-guru tingkatan enam khususnya dapat memanfaatkan secara optimum aplikasi blog ini dalam konteks memantapkan urusan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini dan akan datang. Saya yakin dengan usaha ini akan dapat memastikan Pusat Tingkatan Enam di sekolah ini akan mencapai suatu yang hebat pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

HJH.NORAINI BINTI YEUB SIDI AMN
Pengetua Cemerlang,
SMK Khir Johari, Tg.Malim.